Company

Program

Terms & Policies

© 2025 TikTok

We're having trouble playing this video. Please refresh and try again.

VIDEO PILIHAN: KESELAMATAN RAKYAT MALAYSIA DALAM ISU PALESTIN

Ikuti sedutan video Sidang Media Khas oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain yang menasihatkan rakyat Malaysia tidak ke lokasi peperangan di wilayah bergolak. Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak menderma kepada mana-mana organisasi yang tidak berdaftar.

4 comments

You may like

KPN DAN TIMBALAN KPN SERIKAN MAJLIS IFTAR RAMADAN BERSAMA MDN DI KULIM Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay memeriahkan Majlis Iftar Ramadan dan Penerapan Nilai-Nilai Murni Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Menteri Dalam Negeri (MDN) di Masjid Muhammad Al-Fateh Taman Mutiara, Kulim, Kedah pada 11 Mac 2025. Majlis pada kali ini yang dianjurkan oleh PDRM bertujuan mengeratkan ukhwah khususnya antara pucuk pimpinan tertinggi Kementerian Dalam Negeri dan PDRM bersama masyarakat setempat di samping dapat memuliakan bulan Ramadan yang barakah ini. Juruvideo: PDRM RMP TV
pdrmsia_rasmi
149
·1d ago
KPN HADIR MESYUARAT JKSN BILANGAN 1 TAHUN 2025 Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bilangan 1 Tahun 2025 yang diadakan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim itu turut membincangkan situasi keselamatan siber negara dan juga status pelaksanaan Akta Keselamatan Siber 2024 yang berkuatkuasa pada 26 Ogos tahun lalu. Juruvideo: Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin
pdrmsia_rasmi
226
·2d ago
TIMBALAN KPN HADIR MAJLIS PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI BERSAMA MDN DI SUNGAI PETANI Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni Bersama Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Masjid Sultan Muzaffar Shah, Sungai Petani, Kedah. Majlis anjuran Jabatan Penjara Malaysia itu bertujuan untuk menyantuni dan beramah mesra di samping menerapkan nilai-nilai murni serta mengeratkan silaturahim antara masyarakat setempat dengan pucuk pimpinan tertinggi Kementerian Dalam Negeri.
pdrmsia_rasmi
147
·4d ago
TIMBALAN KPN HADIR PROGRAM PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI BERSAMA MDN Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Bersama Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Masjid Ar-Raudhah, Pokok Sena, Padang Terap, Kedah pada 8 Mac 2025. Dalam program tersebut, Datuk Seri Saifuddin Nasution berbesar hati menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan kepada golongan kurang berkemampuan yang terdiri dalam masyarakat setempat bagi meringankan beban sepanjang bulan Ramadan di samping pemberian sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim.
pdrmsia_rasmi
462
·4d ago
KPN HADIR ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2025 Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Tahun 2025 yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara. Istiadat yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang kepada 32 orang penerima yang telah berjasa, mencurahkan khidmat bakti atau menyumbang kepada Wilayah Persekutuan.
pdrmsia_rasmi
346
·6d ago
TIMBALAN KPN IRING PM TUNAIKAN SOLAT SUNAT TARAWIH BERSAMA WARGA KERJA BUKIT AMAN Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengiringi Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Masjid Bukit Aman untuk menunaikan solat fardu Isyak dan sunat Tarawih secara berjemaah bersama warga kerja Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur pada 5 Mac 2025. Solat fardu Isyak dan sunat Tarawih telah dipimpin oleh Ketua Imam Masjid Bukit Aman, Ustaz Wan Mohamad Amzar Fitri Wan Azlan.
pdrmsia_rasmi
266
·1w ago
TIMBALAN KPN HADIR MAJLIS BERBUKA PUASA DI PARLIMEN Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 5 Mac 2025. Majlis yang dihadiri Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim turut disertai oleh Timbalan PM I merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan PM II merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato' Sri Hj. Fadillah Yusof.
pdrmsia_rasmi
345
·1w ago
TIMBALAN KPN SERIKAN MAJLIS IFTAR ANJURAN KDN BERSAMA MEDIA TAHUN 2025 Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir sebagai jemputan bagi menyerikan Majlis Iftar Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama media bagi tahun ini yang diadakan di Bora Ombak Marina, Putrajaya pada 4 Mac 2025. Penganjuran iftar itu bertujuan mengeratkan lagi hubungan dan menghargai sumbangan para pengamal media dalam menyampaikan maklumat berkaitan keselamatan serta dasar Kerajaan kepada masyarakat. Juruvideo: PDRM RMP TV
pdrmsia_rasmi
163
·3-5
TIMBALAN KPN ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS DATUK BANDAR KL DAN LAWATAN KE ITIS Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengadakan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Kuala Lumpur (KL), Dato’ Seri TPr. Dr. Maimunah Mohd Sharif di pejabat rasmi beliau di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kuala Lumpur. Dato' Sri Ayob Khan turut mengadakan lawatan ke Pusat Pengurusan Pengangkutan (ITIS) di Bukit Jalil serta dibawa melihat Bilik Kawalan DBKL (Aliran Trafik dan Lampu Isyarat) yang bertanggungjawab memastikan aliran trafik berjalan lancar, selain kesesakan yang berlaku berada di tahap paling minima. Juruvideo: PDRM RMP TV
pdrmsia_rasmi
335
·3-4
TIMBALAN KPN HADIR MESYUARAT JAWATANKUASA KHAS TANGANI KESESAKAN DI TAMBAK JOHOR BILANGAN 1/2025 Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kesesakan di Tambak Johor Bilangan 1 Tahun 2025 yang berlangsung dekat Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato' Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof itu turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama barisan kepimpinan tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta agensi di bawahnya. Antara inti pati mesyuarat tersebut adalah membincangkan berkaitan perancangan perolehan pemasangan mesin kod respons pantas (QR) di Bangunan Sultan Iskandar serta Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor.
pdrmsia_rasmi
282
·3-3
KPN HADIR MESYUARAT PASCA KABINET KDN BILANGAN 5/2025 Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bilangan 5/2025 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Perkasa, Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail merupakan kesinambungan daripada mesyuarat terdahulu yang diadakan pada 18 Februari lalu.
pdrmsia_rasmi
93
·2-28
KPN HADIR MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH PBLT BILANGAN 1/2025 Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PBLT Bilangan 1/2025 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Kinabalu, PBLT Sdn. Bhd., Cyberjaya. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tan Sri Datuk Seri Dr. Mazlan Lazim selaku Pengerusi Syarikat PBLT itu membincangkan berkenaan pembentangan laporan serta beberapa perkara berbangkit yang memerlukan tindakan ahli lembaga pengarah. Pautan TikTok:
pdrmsia_rasmi
86
·2-28
TIMBALAN KPN TINJAU KESIAPSIAGAAN PASUKAN KESELAMATAN DI POS PULAU TABAWAN Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay meninjau kesiapsiagaan pasukan keselamatan dan infrastruktur di Pos Pulau Tabawan, Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4, di Lahad Datu, Sabah. Dato' Sri Ayob Khan kemudiannya mendengar penerangan oleh Ketua Siasatan Khas dan Teknikal ESSCOM, SAC Ahmad Ariffin mengenai latar belakang, fungsi dan kelengkapan fasiliti yang terdapat dalam pos tersebut, selain status terkini operasi yang dijalankan PPM di Zon Selamat Sabah Timur (ESS ZONE).
pdrmsia_rasmi
1526
·2-26
TIMBALAN KPN ADAKAN LAWATAN KERJA RASMI DI PEJABAT ESSCOM Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay meneruskan hari kedua lawatan kerja rasmi di Zon Selamat Sabah Timur (ESS ZONE) dengan mengunjungi Pejabat Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di Lahad Datu, Sabah. Seusai itu, Dato' Sri Ayob Khan bersama delegasi melawat Kuarters Kediaman ESSCOM bagi melihat kemudahan dan kelengkapan yang disediakan, selain menyantuni warga kerja bersama keluarga yang menetap di situ.
pdrmsia_rasmi
474
·2-26
KPN SAMPAIKAN UCAPTAMA SEMPENA SMART SUKSIS 2.0 DI UNIMAP Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menyampaikan ucaptama bersempena Seminar Memperkasakan Amalan Terbaik Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi 2.0 Universiti Awam (SMART SUKSIS 2.0) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025, bertempat di Dewan Ilmu Kampus, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra, Kangar, Perlis. Dalam ucaptama bertajuk “Dua Dekad Kor SUKSIS: Cabaran dan Hala Tuju”, Tan Sri Razarudin menekankan kepentingan Kor SUKSIS yang melahirkan mahasiswa bersemangat jati diri, berdisiplin tinggi, berintelektual dan berkarisma dalam kepimpinan serta memupuk semangat setia kawan dalam masyarakat berbilang kaum.
pdrmsia_rasmi
182
·2-26