339 comments
You may like
𝗦𝘆𝗮𝘄𝗮𝗹 𝗗𝗶𝗿𝗮𝗶, 𝗦𝗶𝗹𝗮𝘁𝘂𝗿𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺 𝗗𝗶𝗽𝗲𝗿𝗲𝗿𝗮𝘁 — 𝗦𝗮𝗿𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗞𝗴 𝗥𝗶𝗻𝗰𝗵𝗶𝗻𝗴 𝗛𝘂𝗹𝘂 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵 𝗖𝗲𝗿𝗶𝗮 Pagi semalam saya berpeluang menghadiri majlis jamuan sarapan Hari Raya anjuran Masjid Kampung Rinching Hulu. Alhamdulillah, suasananya sangat meriah dan ceria — penuh dengan senyuman, makanan yang menyelerakan, serta sambutan mesra daripada warga qaryah. Nazir masjid, Haji Noor Rasyid, menyambut kedatangan saya dengan penuh budi, bersama seluruh jemaah dan ahli jawatankuasa masjid yang gigih menjayakan majlis. Turut bersama dalam kemeriahan ini, Ketua Kampung dan Penghulu-penghulu kawasan — Tok Sam (Penghulu Beranang) dan Tok Zack (Penghulu Semenyih), Tok Samsuddin Zainal (Ketua Kg Rinching Hulu) yang hadir memberi sokongan padu. Saya juga sempat bertemu beberapa figura penting masyarakat seperti Prof. Madya Dr. Kamaruddin Saleh - Nazir Masjid Bandar Rinching, Dr Mohd Najib Abd Kadir - Pengerusi Surau Al Kautsar BTK & KOMBAT, Pegawai Khas MP Hulu Langat, Sdr Hanim, Ketua Balai Polis Beranang, para pengerusi dan wakil-wakil surau sekitar. Sungguh terasa aura perpaduan dan kebersamaan dalam majlis sebegini — bukan sekadar makan dan minum, tetapi ruang memperkukuh jaringan kemasyarakatan. Sebagai tambahan, saya turut sempat menziarahi salah satu rumah paling hadapan yang terkesan akibat banjir kilat malam sebelumnya ketika meninjau sebahagian kawasan yang terkesan. Saya dimaklumkan sebanyak 10 buah rumah terjejas. Semua maklumat telah disalurkan ke pihak berwajib agar dapat dibantu sewajarnya. Syawal ini bukan hanya tentang pakaian baru atau juadah enak — tetapi peluang menyambung hati, menyantuni masyarakat dan memperteguh ukhuwah. #BaktiDemiSelangor #SepakatSemenyih
nushi_mahfodz
70
·1d ago Jumaat lepas kami menziarahi keluarga adik Danny, pelajar tingkatan dua SMK Bandar Rinching yang diserang anjing liar. Kebetulan hari itu, ada kematian beberapa pintu dari rumah Danny. Kami sempat bantu mengangkat jenazah dan menghantar abang kepada arwah ke Surau An Nur. Usai urusan jenazah, saya terus ziarah Danny bersama Pengerusi Surau As-Syakirin, Hj Bilal dan Pengerusi Persatuan penduduk di situ. Keadaan fizikal Danny, Alhamdulillah, tidak terlalu parah. Walau ada kesan gigitan dan luka, tetapi tiada patah atau kecederaan dalaman. Namun selepas berbual, yang lebih merisaukan ialah kesan emosi. Malam selepas kejadian, Danny tiba-tiba kejang dan terpaksa dikejarkan semula ke Hospital Kajang. Doktor tidak menemui masalah fizikal yang jelas. Mungkin ini bukan tentang luka tetapi tentang trauma. Syukur, keluarga Danny sangat menyokong. Ibunya tabah, abang sulungnya ambil cuti untuk menjaga adik. Jiran-jiran turut hadir memberi semangat Ini semua sangat membantu; tapi bagi kami, Danny masih perlukan ruang sokongan psikologi lebih lanjut dan berterusan. Kami panjatkan doa dan hulurkan sedikit sumbangan tanda prihatin. Kami berharap peristiwa ini, walau pahit, mampu jadi titik tolak perubahan dalam hidup Danny. Moga Allah beri ketenangan, kekuatan, dan keberanian untuk bangkit semula. Isu anjing liar bukan baharu. Telah berulang, dan sudah terlalu banyak kali melibatkan pelajar sekolah. Saya mohon agar pihak berkuasa tempatan benar-benar serius dalam menangani perkara ini — bukan sahaja anjing, tetapi juga monyet, babi hutan, dan terbaru, harimau kumbang di kawasan Beranang. Sudah tiba masanya kita tidak sekadar menunggu aduan tetapi bertindak lebih proaktif demi keselamatan semua. Saya yakin, kita boleh! Selangor deserves better.. #BaktiDemiSelangor #SemenyihSejahtera #SelangorDeservesBetter
nushi_mahfodz
77
·3d ago 𝗟𝗲𝘁𝘂𝗽𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗿𝗮𝗴𝘂𝘁 𝗦𝗲𝗴𝗮𝗹𝗮𝗻𝘆𝗮, 𝗧𝗮𝗽𝗶 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗦𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 Tiada siapa menyangka dalam sekelip mata, hidup boleh runtuh sebegitu rupa. Letupan paip gas di Putra Heights bukan sekadar memusnahkan rumah dan kenderaan, ia menggoncang kestabilan hidup ratusan keluarga, meragut rasa sentosa yang selama ini dirasakan biasa. Saya hadir ke lokasi bersama YB Azmin dan rakan pimpinan Perikatan Nasional. Kami menelusuri lorong-lorong yang dahulunya menjadi nadi kejiranan — kini bertukar menjadi baris sunyi rangka-rangka rumah, bumbung yang berlubang, tangki air yang mencair, dan pendawaian yang tergantung seperti urat saraf yang terputus. Sehingga petang semalam, 94 keluarga melibatkan 357 ahli masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Masjid Putra Heights. Kehidupan mereka terhenti seketika — namun semangat mereka tidak. Saya lihat senyuman kecil yang cuba menyembunyikan lelah. Mata mereka menyimpan cerita — tentang kehilangan, tentang harapan. Antara yang dikongsi: harapan agar proses baik pulih dapat disegerakan, agar mereka dapat membina hidup semula. Mereka juga berkongsi perkara yang lebih mengecewakan – apabila harga sewa rumah di kawasan sekitar dinaikkan sebaik sahaja pampasan diumumkan. Ketika mereka diuji dahsyat, ada pula yang mengambil kesempatan. Musibah ini menguji lebih dari sekadar ketabahan mangsa — ia mencerminkan siapa kita sebagai masyarakat. Yang sepatutnya hadir ialah kejujuran, belas ihsan, dan tangan yang membantu; bukan yang menangguk di air keruh. Mewakili Tan Sri Muhyiddin Yassin, kami menyampaikan sumbangan kepada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) melalui Tan Sri Mazlan Mansor. Bantuan ini tanda solidariti kami. Biarlah nilainya sederhana — asal ia membawa erti, bahawa kami peduli dan sentiasa mendoakan mereka. Saya rakamkan setinggi penghargaan kepada semua petugas dan sukarelawan — Khidmat Malaysia, Jabatan Amal, PBSM, Mercy Malaysia, Tzu Chi, JKM, RELA, bomba, polis — yang setia berada di sisi mangsa sejak hari pertama. Semoga Allah menggantikan apa yang hilang dengan yang lebih baik. Dan semoga setiap keluarga yang pulang nanti, bukan hanya pulang ke rumah yang lebih selamat — tetapi juga pulang dengan jiwa yang lebih kuat. #BaktiDemiSelangor #SemenyihSejahtera
nushi_mahfodz
67
·5d ago Semalam, Pusat Khidmat DUN Semenyih bersama NGO PENYERI turun padang menyampaikan sumbangan zakat dan bantuan kebajikan kepada masyarakat sekitar Semenyih. Kami singgah dari satu rumah ke satu rumah—bermula di Bandar Seri Putra, kemudian ke Sg Kantan, Taman Sri Tanjung, Kampung Sentosa, Kampung Sungai Macang, hinggalah ke Kg Rinching Hilir. Setiap rumah punya cerita. Ada wajah yang penuh harapan, ada senyuman yang menyembunyikan luka dan beban. Mudah-mudahan kehadiran dan sumbangan kecil ini meringankan, dan mencetus rasa dihargai buat insan yang diziarahi. Walau tidak mampu mengubah segalanya hari ini, cukup andai terbit sekelumit rasa—bahawa mereka tidak sendiri. Dan meniti hari-hari akhir Ramadan ini, doa saya: semoga segala ibadah sepanjang bulan mulia ini membentuk kita menjadi hamba yang bersyukur dan menerima petunjuk-Nya — petunjuk yang diterjemahkan bukan sahaja dalam ritual ibadah, tetapi dalam akhlak dan bakti kepada insan di sekeliling kita. “𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘩𝘦𝘯𝘥𝘢𝘬𝘪 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘬𝘦𝘮𝘶𝘥𝘢𝘩𝘢𝘯, 𝘥𝘢𝘯 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘩𝘦𝘯𝘥𝘢𝘬𝘪 𝘬𝘦𝘴𝘶𝘬𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘬𝘢𝘮𝘶. 𝘋𝘢𝘯 𝘴𝘶𝘱𝘢𝘺𝘢 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘤𝘶𝘬𝘶𝘱𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘱𝘶𝘢𝘴𝘢, 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘦𝘴𝘢𝘳𝘬𝘢𝘯 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘢𝘵𝘢𝘴 𝘱𝘦𝘵𝘶𝘯𝘫𝘶𝘬-𝘕𝘺𝘢, 𝘥𝘢𝘯 𝘢𝘨𝘢𝘳 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘺𝘶𝘬𝘶𝘳.”(𝘘𝘚 𝘈𝘭-𝘉𝘢𝘲𝘢𝘳𝘢𝘩 2:185) #BaktiDemiSelangor #KasihSemenyih #Ramadan2025
nushi_mahfodz
54
·3-28Natijah dari Ramadhan adalah taqwa. Ciri-ciri orang yang bertaqwa sentiasa meletakkan hak Allah sebagai yang utama. Bagaimana untuk menggapainya? Jom dengar penjelasan ustaz. #BaktiDemiSelangor #fyp #RamadanVibes #kapsulramadan
nushi_mahfodz
37
·3-28Pulun di 10 malam terakhir! #BaktiDemiSelangor #KasihSemenyih #RamadanVibes #nushimahfodz #kapsulRamadhan #fyp
nushi_mahfodz
30
·3-26Alhamdulillah Ahad lepas edaran bubur lambuk di dua bazar ramadan. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
nushi_mahfodz
109
·3-26Kapsul Ramadan Ep 13. Tuhan lah yang menciptakan segalanya dan DIA juga yang memilih segalanya. #SemenyihSejahtera #kapsulRamadhan #RamadanVibes #nushimahfodz #baktidemiselangor
nushi_mahfodz
40
·3-25Teruslah membaca Al Quran, Jangan pernah ada rasa tercicir, Walau bacaan kita merangkak-rangkak. Kerana apa? Jom dengar bicara ustaz selanjutnya.. #kapsulRamadhan #SemenyihSepakat #RamadanVibes #nushimahfodz #baktidemiselangor
nushi_mahfodz
24
·3-24Kapsul Ramadan Ep 11. Jom kita hayati. Nilai sebuah keberkatan terutama di bulan Ramadan. #RamadanVibes #kapsulramadan #semenyihsejahtera #baktidemiselangor #nushimahfodz
nushi_mahfodz
20
·3-23𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗦𝗶𝗻𝗱𝗿𝗼𝗺 𝗗𝗼𝘄𝗻 𝗦𝗲𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 💙 Hari Sindrom Down Sedunia tahun ini bertepatan dengan bulan Ramadan, waktu di mana kita diajar untuk lebih prihatin dan menyebarkan kasih sayang. Kasih sayang bukan sekadar simpati, tetapi penerimaan dan sokongan yang memberi ruang untuk mereka hidup dengan lebih bermakna. Sebagaimana Ramadan mendidik kita untuk lebih peka terhadap keperluan orang lain, begitu juga kita diajak untuk lebih memahami dan mendukung anak-anak istimewa ini dalam kehidupan seharian mereka. Mereka tidak perlukan belas kasihan semata-mata, tetapi akses kepada pendidikan, pekerjaan, dan ruang sosial yang lebih inklusif supaya mereka dapat berdikari dan menjalani kehidupan yang lebih baik. Di bulan yang penuh keberkatan ini, marilah kita membuka lebih banyak peluang untuk mereka—bukan hanya dalam bentuk sumbangan, tetapi dengan membina masyarakat yang lebih memahami dan menghargai keunikan mereka. Setiap senyuman mereka adalah bukti bahawa penerimaan mampu mengubah dunia menjadi tempat yang lebih baik. Selamat Hari Sindrom Down Sedunia. Semoga Ramadan ini mengajar kita untuk lebih peduli dan lebih menyayangi, bukan hanya dalam bulan ini, tetapi sepanjang hayat. #BaktiDemiSelangor #KasihSemenyih #DownSindrome
nushi_mahfodz
34
·3-22Kapsul Ramadan 9 #SemarakSemenyih #Ramadan2025 #NuzulQuran #BaktiDemiSelangor #kapsulRamadan #fyp
nushi_mahfodz
22
·3-20Merasmikan Majlis Khatam Quran Perdana Muslimat Dun Semenyih. #SemarakSemenyih #BaktiDemiSelangor #Ramadan2025 #NuzulQuran #kapsulRamadan #fyp
nushi_mahfodz
55
·3-20#SemarakSemenyih #BaktiDemiSelangor #Ramadan2025 #NuzulQuran #kapsulRamadan #fyp
nushi_mahfodz
37
·3-19Siapa yang mampu solat sepanjang malam tak tidur-tidur? Confirm tak mudah, kan? Tapi istimewanya di bulan Ramadan ini, ada satu amalan yang pahalanya seakan-akan kita beribadah sepanjang malam! Nak tahu apa amalannya? Kena dengar perkongsian ustaz kalini! Moga kita tak terlepas ganjaran hebat ini! #SepakatSemenyih #BaktiDemiSelangor #kapsulRamadan #ramadanVibes
nushi_mahfodz
41
·3-14